Saturday, December 8, 2012

Motivasi Pagi #000001 :)

Assalamualaikum :)
Insya-ALLAH, Motivasi Pagi akan saya laksanakan pada setiap hari, buat manfaat bersama.
Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya mulakan dengan Motivasi #000001.



9 Disember 2012/25 Muharram 1434H:

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka,
Ada sangkaan BAIK, ada sangkaan BURUK.

> Orang beribadah disangka riak.
> Orang yang “relax” disangka malas.
> Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
> Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
> Orang makan banyak disangka pelahap.
> Orang makan sikit disangka “diet”.
> Orang baik disangka buruk.


~ Orang buruk disangka baik.
~ Orang senyum disangka mengejek.
~ Orang masam disangka merajuk.
~ Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
~ Orang diam disangka menyendiri.
~ Orang menawan disangka pakai susuk.
~ Orang nampak ceria disangka membela.


Mana tahu?


= Yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH?
= Yang senyum itu kerana bersedekah?
= Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya?
= Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
= Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingat ALLAH?


aezamahmad: Mulakan hari kita dengan penuh semangat untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat!


( sumber: http://www.puspitakirana.com/2012/02/kata-kata-motivasi-islam.html )

No comments:

Post a Comment