Monday, December 10, 2012

Motivasi Pagi #000003 :)

11 Disember 2012/27 Muharram 1434H:

BERSIHKANLAH HATI KITA.....



Segala aspek kehidupan seharian kita bermula daripada hati. Hal ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]. Oleh itu, hati kita perlulah bersih daripada kekotoran agar mendapat kehidupan yang serba indah dan berhikmah. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoaAmalan ini merupakan salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya ALLAH jadikan hatiku bersih".

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidurPerkara ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak akan tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubatSelain daripada memohon keampunan, solat sunat taubat terbukti dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca al-QuranSelain mencuci hati, dapat juga menenangkan jiwa, dijadikan penyembuh, penenang serta terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali.


5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikkan kepada diri perkara yang positifJangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok).

7. Program minda/cuci mindaPaling baik adalah ketika waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya ALLAH, cucilah otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. BerpuasaSekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan, insya-ALLAH dapat membersihkan hati.

9. Mengingati matiSekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, timbulnya perasaan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila- bila masa dan dikhuatiri tidak sempat untuk bertaubat.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.

13. Jaga makananJangan makan makanan yang shubhah. (diragui halal dan haramnya)


14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (agar kita menginsafi dan sentiasa bersyukur)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera. (mata, telinga, mulut dan lain-lain)

Diolah daripada sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1004-petua-mencuci-hati.html (olahan asal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah)

aezamL21: jagalah hati kita demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat :)

No comments:

Post a Comment